Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

2.AGIHAN KEKAYAAN YANG SAKSAMA

 

SEJAK 1970, Malaysia menyusun semula ekonomi secara cergas bagi membolehkan setiap komuniti menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan sejak tahun 1970 dan kini disusuli oleh dasar pembangunan negara (DPN). DPN bertujuan untuk terus mengimbangkan perbezaan ekonomi antara berbagai kaum, kali ini dgn penekanan lebih kepada kualiti daripada kuantiti.

          Dasar penswastaan sudah melonjakkan sekumpulan teras Bumiputera ke dalam perniagaan yang besar. Kebanyakan mereka sudah berjaya. Kita yakin ramai lagi bumiputera yang akan mampu mencapai tahap sedemikian pada masa yg akan datang. Benar, ada beberapa rakyat asing dan beberapa ahli politik sosialis melayu yg mengutarakan pandangan bahawa DEB hanya memanfaatkan sebilangan kawan dan ahli keluarga yg dalam kerajaan. Tetapi tidak ramai mengambil tuduhan ini secara serius.

          Kerajaan Malaysia secara terbuka mengisytiharkan pendiriannya sebagai mesra perniagaan. Kita berpendapat pendekatan mesra perniagaan adalah baik untuk pembangunan ekonomi dan meningkatkan pendapatan kerajaan. Pengulas Barat, yang mengenepikan amalan Malaysia itu sebagai kroni kapitalisme, tidak memahami rasional keewangan yg dibawa oleh kerjasama, hubungan timbal-balik jangka panjang antara firma, bank dan kerajaan di dalam system yang menjadi pengantara bagi simpanan yang tinggi ke nisbah hutang/ekuiti korporat yg tinggi. Kerajaan, yang mesra perniagaan, mahu tidak mahu perlu kenal semua anggota masyarakat perniagaan. Kita tahu siapa bagus dan siapa yg tidak. Apabila tawaran di buat untuk kontrak atau penswastaan entity kerajaan, kerajaan tidak hanya bolehmelihat kepada cadanagn tanpa melihat kepada rekod pencadangnya. Dalam sebarang kes, apa sahaja criteria yg digunakanm akhirnya Cuma seorang yg menawar kontrak akan memperolehinya. Mengecap seseorang yg berjaya medapat kontrak sebagai kroni kerajaan, meletakkan kerajaan dalam keadaan yg rumit, memandangkan apa sahaj keputusan yg dibuatnya akan dianggap tidak betul kerana sesiapa sahaja yg dipilih akan secara definasinya dicao sebagai kroni.

          Tidak seperti negara-negara lain, Malaysia tidak perlu menjual asset kerajaan kepada orang asing untuk mendapatkan tukaran asing bagi membayar hutang luar. Oleh itu, dalan program penswastaan di Malaysia, entity kerajaan di jual kepada warganegaranya, terutama kepada bumiputera bagi membantu mereka masuk secara cepat ke dalam perniagaan yang besar.rakyat asing dibenarkan mendapat saham minority dalam syarikat yang di swastakan. Memandangkan potensi besar untuk mendapat keuntungan daripada penswastaan, rakyat asing kecewa dan tidak puas hati kerana tidak mendapat bahagian yang besar. Tuduhan mereka bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan favouritism adalah dijangka dan keengganan kerajaan untuk mengambil berat kritikan itu harus di fahami.

          Tidak siapa akan menafikan bahawa rasuah berlaku di Malaysia, tetapi amalan itu tidak berleluasa dan tidak dilakukan secara terbuka. Pegawai dan ahli politik yang di tangkap kerana rasuah didakwa dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan. Rasuah di Malaysia tidak pernah menghalang pembangunan atau pelaburan. Rakyat asing tahu bahawa mereka boleh mendapat kelulusan dalam tempoh yg munasabah dengan sedikit gangguan. Sebenarnya kadar pertumbuhan tinggi Malaysia adalah penunjuk terbaik kepada tahap rasuah yang, memandangkan di negara di mana rasuah berleluasa; pembangunan, pelaburan dan pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Dalam banyak kes, syarikat-syarikat diperluaskan dan melabur berulang kali. Mereka mungkin pergi ketempat lain jika kerajaan menerima rasuah atau mengamalkan kronisme. Mereak tahu jika amalan kronisme berleluasa, mereka mungkin terpaksa memberi saham percuma dalam perusahaan mereka kepada orang tertentu yang dipilih. Ia tidak berlaku di Malaysia dan banyak FDI dimiliki sepenuhnya oleh orang asing serta kerap pula boleh mendapatkan lessen tanpa cukai mereka dalam masa kurang seminggu.

          Selewat suku kedua 1997, pengurusan kewangan Malaysia mendapat pujian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Walaupun Malaysia melancarkan beberap projek prasarana yang besar dengan kos yang berbilion ringgit, pinjaman asing tidak meningkat dengan ketara.pinjaman luar kerajaan adalah rendah dan dalam kebanyakkan kes, Malaysia membuat bayaran awalterhadap pinjaman asingnya. Oleh itu, tidak ada tekanan tyerhadap kerajaan untuk memberhentikan projek besar disebabkan masalah membayar balik pinjaman luar, meskipun ketika kegawatan. Sebaliknya bank-bank asing rela unutk memberi pinjaman lebih banyak kepada kerajaan Malaysia sebelum kegawatan, kerana Malaysia mempunyai nilai kredit yang tinggi.

          Sector swata Malaysia juga bebas daripada hutang luar yang besar. Memandangkan system kewangan Malaysia dilimpahi kecairan dan ini bermakna kadar faedah yang rendah, sebahagian besar keperluan pembiayaan sector swasta dipenuhi pinjaman dalam negara. Malah keadaan kecairan begitu kukuh hingga mendorng FDI meminjam dari sumber tempatan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan modal mereka

          Rizab asing di kekalkan pada tahap yang tinggi, memberi keupayaan untuk membiayai pembayaran import tertangguh selama lebih empat bulan. Tahap rizab asing yang tinggi bermakna semua keperluan import Malaysia,:- samada untuk barangan modal, barangan perantaraan atau barang pengguna; boleh di penuhi tanpa mendapatkan pinjaman luar. Kesimpulannya pada akhir Jun 1997, keadaan kewangan di Malaysia adalah kukuh. Tentu ia bukanlah calon untuk menghadapi kegawatan kewangan atau ekonomi.

          Apabila Baht diserangpada 1997, Malaysia tidak begitu risau. Kita tahu keadaan kewangan Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding Thailand. Dalam kes Thailand, mereka membuat pinjaman yang besar dana luar pesisir bagi jangka pendek untuk membiayai projek jangka panjang dalam negara Thailand. Strategi ini logic bagi mereka memandangkan kadar faedah dolar Amerika lebih rendah berbanding kadar faedah Baht. Bagaimanapun, strategi ini bergantung keseluruhannya kepada anggapan bahawa tukaran asing bath kepada dolar amerika adalah stabil. Serangan ke atas Baht memaksa Bank Pusat melepaskan tambatan kepada dolar (dollar peg) dan membiarkan pasaran menentukan kadarnya. Dengan segera, Baht diturunkan nilainya berulang kali.

          Atas sebab ini, Bank Pusat Thailand cuba mempertahankan bath pada peringkat awal serangn spekulatif terhadap matawang tersebut. Bank Pusat Thai tahu bahawa sebaik sahaja tambatan (peg) dilepaskan, syarikat-syarikat besar dengan pinajaman  luar yang banyakakan menghadapi kerugian wang asing yang besar. Ini sudah pasti akan menyebabkan keadaan ekonomi menjunam. Bank Pusat berusaha keras untuk campur tangan di pasaran tukaran asing bagi menyokong Baht, tetapi ia gagal. Kerajaan kemudian memutuskan untuk mengapungkan Baht dan dengan segera Baht menjunam dengan bebas. Apabila dihubungi, Malaysia bersedia untuk membantu Thailand menangani krisis kewangan dengan memberi pinjaman AS$1 bilion, dengan AS$862 juta diagihkan segera. Itulah keyakinan Malaysia bahawa ia tidak akanterjejas oleh krisis matawang Baht, menyebabkannya sanggup untuk menyediakan bantuan kewangan kepada jiran.

 

 

 

  << Muka Depan         Seterusnya >>