Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

1. ASAS EKONOMI YANG KUKUH

        

        APABILA Ringgit Malaysia di serang kegiatan spekulasi pada Julai 1997, kerajaan tidak langsung bersedia untuk menangani keadaan kelam kabut yang menyusul. Tiada siapa yg keliahtan mampu memahami apa yang berlaku dan mengapa nilai ringgit susst begitu cepat berbanding Dolar Amerika. Untuk sekian lama, ringgit di urusniaga sekitar RM2.50 berbanding satu Dolar Amerika dan jajaran urusniaga adalah kecil dan munasabah.

          Ringgit dianggap sebagai matawang yang kuat dan stabil. Malah, sestengah pihak berpendapat ia berada sedikit dibawah nilai sebenarnya. Kerajaan tlah menetapkan nilai ringgit kepada dolar secara rasmi. Kadar RM2.50 bagi setiap Dolar Ameriak dan jajaran urusniaga terhadapnya yg kecil di tentukan pasaran. Sebarang ketidaktentuan dalam dalam kadar tukaran matawang dengan mudah diimbangkan oelh Bank Pusat (Bank Negara Malaysia) menerusi Campurtangan yg minimum. Camputangan itu pula jarang berlaku. Kerajaan Malaysia sentiasa percaya betapa pentingnya kestabilan dalam semua sector dan ini termasuk tukaran asing bagi ringgit. Kestabilan juga penting untuk pembangunan dan pertumbuhan bagi sector perniagaan bagi membolehkan mereka menguruskan perniagaan dengan jayanya. Kerajaan juga ingin melihat perniagaan yang menguntungkan kerana ia mempunyai kepentingan 28 peratus dalam keuntungan yang diraih, iaitu menerusi cukai korporat.    

          Kadar tukaran Ringgit berbanding matawang serantau juga secara amnya stabil. Berbanding matawang dua negara jiran Malaysia; Thailand dan Filipina, Ringgit adalah stabil pada kadar satu Ringgit bagi setiap 10 Baht Thailand dan satu Ringgit bagi setiap 10 Peso Filipina. Ringgit naik berbandsing Rupiah Indonesia tetapi ini di sebabkan kelemahan Rupiah berbanding kebanyakkan matawang, termasuk Ringgit.

          Baht Thailand, tidak seperti Ringgit, di tetapkan oleh kerajaan Thai pada kira-kira 25 Baht berbanding satu dolar Amerika. Memandangkan kadar Baht itu stabil pada kadar 10 Baht, terdapat tanggapan silap di kalangan sesetengah pihak bahawa Ringgit juga di tetapkan pada RM2.50 berbanding Dolar Amerika.

          Didokong oleh kestabilan matawang (pada RM2.50 bagi setiap Dolar Amerika), Malaysia mencapai kejayaan. Pada akhir tahun 1996, pertumbuhan benar Keluran Dalam Kasar Kasar (KDNK) hmapir 8.5 peratus setiap tahun untuk 10 tahun berturut-turut dan kadar pertumbuhan ini kelihatan akan berterusan untuk beberapa tahun. Menjelang 1997, jumlah perdagangngan luar mencecah lebih AS$158 bilion, menjadikan Malaysia, menurut Pertubuhan Perdagangngan Sedunia (WTO) negaran pengeksport ke 18 terbesar dan negara pengimport ke-17 terbesar dunia. Kerajaan menikmati lebihan fiscal. Hutang luar rendah, pada tahap 40 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Akaun semasa imbangan pembayaran sudah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada 5 peratus daripada KNK, dan dijangka untuk terus mantap. Inflasi adalah pada paras rendah 2.1 peratus.

          Dalam sector keewangan, system perbankan kukuh seperti digambarkan dalam mutu asset yg tinggi dan permodalan yg kukuh. Nisbah Wajaran Risiko Modal (RWCR) system perbankan  adalah 10 peratus berbanding minimum 8 peratus mengikut piawaian antarabangsa. Pinjaman tidak berbayar (NPLs) walaupun mengguna pakai klasifikasi ketat tiga bulan, hanya 3.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman. Sisitem perbankan sudah tertakluk kepada piawaian berhemat antarabangsa yg begitu ketat. Hampir 25 Prinsip Asa untuk Pengawasan Perbankan Berkesan yg disyorkan oleh Bank for International Settlements (BIS), sudah diguna pakai. Kadar simpanan Malaysia, pada 38 peratus KDNK, adalah salah satu yang tertinggi di dunia. Simpanan kebangsaan cukup untuk membiayai 95 peratus daripada jumlah pelaburan.

          Memandangkan persekitaran yg menggembirakan itu, penilaian semula Ringgit tidak pernah terlintas pada kerajaan. Malaysia oleh itu, berpuas hati untuk membiarkan pasaran menentukan kadar tukaran. Dengan keadaan ekonomi yg begitu kukuh, kestabilan politik  dan kerajaan mesra perniagaan, Malaysia percaya pasaran tidak akan menggugat kestabilan kadar tukaran Ringgit

 

 

 

     << Muka Depan         Seterusnya >>