Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

4. DASAR MAYA IMF GAGAL.

 

          SEMASA krisis kewanagn berterusan, jelas sekali Menteri Kewangan dengan bantuan Bank Pusat telah melaksanakan dasar yang telah membuatkan keadaan buruk menjadi lebih teruk. Menteri Kewangan dan Bank Pusat  melaksanakan beberapa langkah mulai Oktoboer 19997 yang mencerminkan kehendak IMF. Kekangan kredit di umumkan oleh bank negara yang menyebabkan bank menarik balik kredit dan menimbulkan masalah kredit. Kadar faedah berulangkali dinaikan daripada tahap satu angka kepada lebih 12 peratus setahun. Malah, sayrikat dengan projek berdaya maju dan permintaan eksport yang sudah disahkan, mendapati ia sukar memperolehi pembiayaan untuk operasi dari bank. Bank pusat memendekan tempoh mungkir (default) untuk klasifikasi pinjaman tidak berbayar daripada enam bulan kepada tiga bulan, menmyebabkan masalah berlanjutan untuk bank dan perniagaan. Keperluan berhemat bank diperketatkan lagi dengan mengkehendaki mereka untuk meningkatkan peruntukan am bagi hutang lapok dan ragu daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus daripada jumlah pinjaman.

 

          Menteri Kewangan dan Bank Pusat seterusnya mengheadkan perbelanjaan pengguna dengan mengenakan margi maksimum 70 peratus bagi pembiayaan pembeliaan kenderaan penumpang. Sebagai tambahan, tempoh maksimum pembayaran balik untuk pinjaman jual beli kendaraan di hadkan kepada lima tahun.

 

          Kegiatan pembinaan, yang sangat penting bagi pertumbuhan KDNK, juga di hadkan oleh Menteri kewangan dan Bank pusat. Bank tidak di benarkan untuk memberi pinjaman  bagi sebarang projek hartanah, dimana pembinaan belum bermula. Bagi projek haratanah di mana pembinaan sudah bermula pun, bank diminta oleh bank pusat untuk mengkaji semula daya maju projek manakala jumlah pembiayaan di kurangkan.

 

          Bak Pusat, dalam usaha berterusan untuk mengekalkan nisbah rizab berkanun (SRR) bagi memperketatkan keadaan kecairan, telah menyebabkan bank yang menguntungkan pun menghadapi kerigian. SRR bernilai RM 52 bilion di simpan di Bank Pusat tanpa memperolehi apa pendapatan. Jika ia meminjamkan kepada bank, ia mengenakan kadar 12 peratus setahun, menimbulkan kerugian yang tidak sepatutnya bagi bank.

 

          Kerajaan meminta bank pusat melonggarkan keadaan kecairan dengan mengurankan kadar SRR daripada 13.5 perataus kepada 10 peratus. Bank Pusat mematuhinya tetapi dengan segera mensabotajkan matlamat itu dengan menarik keluar jumlah yang sama daripada pasaran antara bank supaya, berasakan asas bersih, tidak ada kecairan tambahan dalam system. Malah Bank pusat bertindak lebih jauh apabila beberapa hari kemudian mengarahkan bank supaya menggunakan apa sahaja dana lebihan yang mereka miliki, berikutan pengurangan SRR daripada 13.5 peratus kepada 10 peratus, untuk mengurangkan pinjaman antara bank daripada meminjamnya kepada pelanggan mereka. Oleh itu, pengurangan SRR, yang bertujuan memberi kesan positif terhadap kecairan bank, di manipulasi oleh bank pusat bagi memburukan lagi keadaan kesempitan kredit dalam negara.

 

 Ianya di nyatakan kepada Menteri Kewangan bahawa Kementeriaanya dan Bank Pusat menyebabkan ekonomi semakin menguncup dan kerajaan mungkin tidak mendapat pendapatan mencukupi untuk pentadbiran negara. Tetapi beliau pasti bahawa dasar “maya IMF” akan menyelamatkan ekonomi.

 

          Menjelang Apri 1998, krisis ekonomi dalam negara semakin buruk dengan Ringgit terus menjunam ke arah jajaran RM 4.80 berbanding satu Dolar Amerika. Pasaran saham terus menunjukan arah penurunan dan keadaan kesempitan kredit tidak boleh tertanggung lagi di sebabkan langkan ketat Bank Pusat. Pandanagn Perdana Menteri ketika itu ialah, tindakan harus di ambil oleh Menteri Kewangan dan Bank Pusat untuk menyediakan bantuan kepada bank dan pelanggan mereka menerusi langkah yang boleh melegakan kedaan. Bagaimanapun, daripada menyediakan bantuan, Bank Pusat pada Apri 27,1998, sebaliknya mengumumkan langkah berikut untuk memperketatkan lagi keadaan:

 

     1. Nisbah Modal Berwajaran Risiko syarikat-syarikat kewangan                           (yang  paling teruk terjejas oleh krisis) dinaikan daripada 8.5 peratus           kepada 9 peratus.

2. Dana modal minimum syarikat-syarikat kewanagn di naikan daripada RM 5 juta kepada RM 300 juta untuk di patuhi menjelang akhir Jun 1999 dan selepas kepada RM 600 juta menjelang akhir tahun 2000.

3.    had pelanggan tunggal institusi kewanagn di kurangkan daripada 30 peratus kepada 25 peratus dana modal institusi kewangan

 

        Bagi fisikal pula, Menteri Kewangan mengurang perbelanjaan kerajaan sebanyak 21 peratus, yang sebenarnya menghentikan kerja pembangunan kerana gaji yang merangkumi 80 peratus belanjawan kerajaan, tidak boleh di potong. Tidak ada perbelanjaan pembangunan bermakna tiada kontrak untuk kebanayakan syarikat dan pembekal mereka. Tindakan ini di samping langkah yang di laksanakan oleh Bank Pusat sebelum itu telah memufliskan banayk syarikat.

 

    Kesimpulan kesan daripada semua langkah yang di utarakan itu ialah bank dan perniagaan yang sudah menderita daripada krisi matawang, di tekan pula kedalam kesengsaraan yang dasyat. Apa yang Menteri Kewangan dan Bank Pusat buat ialah melaksanakan versi IMF tanpa pinjaman IMF; iaitu campuran dasar kewanag dan fisilkal yang ketat, menaikan kadar faedah untuk mempertahankan kadar tukaran, cubaan memperkukuhkan system kewanag menerusi piaeaian berhemat yang ketat dan memotong perbelanjaan awam bagi memperbaiki imbangan akaun semasa. Berikutan perlaksanaan ‘Ubat IMF’ini, ekonomi malaysai terjerumus ke arah kemelesetan yang semakin teruk. Perniagaan hampir terhenti dan kerajaan terpaksa mengurangkan jangkaan pendapatannya daripada cukai korporat bagi tahun berikutnya. Media adding memuji Kementerian Kewangan kerana melaksanakan dasar maya IMF. Setiap orang dengan gembira meramalkan  bahawa sudah samapai hampir bagi Malaysia untuk meminta bantuna IMF. Malaysua di rasakan, tidak mempunyai oilihan dan terpaksa membuka ekonominya kepada orang asing tanpa syarat. Kapitalis asing termasuk sudah melabur dalam dana lindung nilai akan mempunyai peluang untuk memiliki berbagai asset dalam negara pada harga murah.

 

          Pemimpin “keras kepala” Malaysia juga kini turut di kritik oleh sekelompok penduduk tempatan, yang mahukannya tunduk dan menyerah kuasa kepada Timbalanya, yang juga Menteri Kewangan. Penyokong Timbalan Perdana Menteri menuduh kerajaan dan membayangkan Perdana Menteri mengamalkan Kronisme, nepotisme dan rasuah. Mesej untuk Perdana Menteri adalah jelas. Ekonomi tidak akan pulih kecuali beliau meletakan jawatan dan menyerahkan kuasa kerajaan kepada Timbalanya.Bagaimanapun, Perdana Menteri bagaikan tidak mendapat mesej itu.

 

          Kerajaan terdesak tetapi ia tidak menyerah. Ia mengambil langkan pantas untuk mengelakkan keadaan ekonomi terus bertambah parah. Semua kenaikan gaji dihentikan, lawatan ke luar negara untuk menteri dan kakitanagn kerajaan di bataskan dan elaun di kurangkan. Malah, ada cubaan untuk mengurangkan pengggunaan gula dan pengimportan makanan dan barangan lain.semua langkan ini tidak berkesan. Ia mengurangkan kadar kepenggunaan dab taraf hidup orang ramai. Pengimport, peniaga dan perundit semuanya menderita. Akhirnya kerajaan sendiri juga merasai keperitan itu menerusi pendapatan yang berkurangan.

 

          Pembinaan, jualan runcit, pembelian hartanah dan kenderaan bermotor menurun dengan teruk.. nasib baik pekerja Malaysia tidak di berhentikan secara besar-besaran, kerana permintaan untuk barangan perusahaan Malaysia, kebanyakkanya barang elektronik, kekal tinggi. Untuk beberapa tahun Malaysia mempunyai masalah kekurangan pekerja dan terpaksa membenarkan kira-kira dua juta pekerja asing dibawa masuk ke negara ini. Walaupun sejumlah rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, beban ekonomi itu turut dirasai oleh pekerja asing apabila kebanyaak mereka yang tidak mendapat pekerjaan terpaksa pulang ke negara asal mereka.

 

        Hakikat bahawa ekonomi negara maju tidak terjejas dan sebenarnya berjalan lancar dengan baik ketika ini, dapat membantu ekonomi Malaysia dengan membolehkan Malaysia meningkatkan eksportnya. Eksport minyak kelapa sawit ( dijaul dalam Dolar Amerika) memperoleh lebihan ringgitkerana kelamahan tukaran asing serta permintaan yang tinggi. Malaysia dengan cepat mencapai lebihan akaun semasa, baik dalam matawang Ringgit mahupun matawang asing, sesuatu yang tidak dapat di capai sebelum ini disebabkan defisit dalam akaun perkhidmatan.

 

          Perdana Menteri muncul dengan idea luar biasa bagi menangani krisis. Bagi melawan penurunan nilai Ringgit, beliau mengesyorkan idea untuk menambahkan pendapatan dengan menaikan gaji dan upah dan membiarkan haraga barangan dan perkhidmatan jug anaik secara berkadar. Beliau sedar ini akan menyebakan inflasi tetapi beliau merasakn bahawa kerajaan akan berupaya menguruskan inflasi supaya ia kurang daripada kadar penurunan nilai Ringgit. Kesan negatif berikutan langkah itu ialah kos pengeluran di Malaysia akan meningkat dan eksport akan terjejas serta keuntungan daripada eksport juga berkurangan. Konsep itu tdak di terima oleh anggota lain dalam kerajaan dengan alasan ia tidak praktika dan boleh mencetuskan infalsi dengan pantas.

 

 Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menubuhkan jawatan kuasa eksekutif terdiri daripada Perdana Menteri, timbalan Perdana Menteri merangakap Menteri Kewangan, Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, Timbalan gabenor Bank Pusat (atas beberapa sebab Gabenor tidak pernah menghadirinya), Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, ketua sebuah badan pemikir (think-tank) Malaysia dan seorang ahli dari sector perniagaan. Kemudian , penasihat Bank Pusat dan Menteri Kewangan Kedua  juga dilantik dalam jawatankuasa. Jawatankuasa ditugaskan mengawasi prestasi ekonomi dan kewangan negara dan membuat keputusan serta bertindak, jika perlu.jawatankuasa mengadakan pertmeuan setiap pagi semasa krisis tersebut bagi menilai angka perdagangan dan semua yang berkaitan dengan keewanagn dan ekonomi. Taklimat ini di beri kuasa untuk bertindak cepat apabila perlu, tanpa perlu menunggu kelulusan kabinet.

 

          Salah satu langkah yang diputuskan oleh jawatankuasa tersebut adalah menghidupkan semula dagangan dengan negara jiran Asean. Semua negara Asean menghadapi masalah kewangan dan tidak mempunyai tukaran asing yang mencukupi untuk membiayai import. Mekanisma aturan bayaran dua hala boleh digunakan, di mana aliran dagangan dua hala di bayar setiap tiga bulan dan baki bersih di selesaikan dalam matawang negara pengeksport. Bayaran akan dibuat oleh dua buah bank pusat masing-masing. Pengeksport akan di bayar dalam matawang tempatan oleh Bank Pusat dengan segera keatas eksport dan pengimport akan akan membayar kepada bank pusatnya, juga dalam matawang tempatan. Mekanisma aturan pembayaran dua hala begini sudah diguna pakai untuk beberapa tahun di antara diantara Malaysia dan banayk negara membangun. Aturan itu di pelopori Malaysia dan telah membantu menighkatkan dagangan Malaysia dengan rakan dagang bukan tradisional sehingga 400 peratus. Cuma perbezaan di antara amalan sedia ada dan aturan yang dicadangkan untuk negara-negara Asena ialah, sementara penyelesaian baki bersih sebelum ini di buat dalam dolar Amerika, kini negara-negara Asean yang berada dalam kegawatan dan kekuranag tukaran asing, akan menyelesaikan bayaran mereka dalam matawang tempatan.

 

          Perdana Menteri pergi ke Bangkok, Manila dan Jakarta untuk mengemukakan cadangan ini kepada Perdana Menteri dan Presiden negara terbabit. Cadangan itu di terima, tertakluk kepada undang-undang dan amalan negara-negara berkenaan. Malangnya proses birokrasi mengambil masa terlalu lama dan cadang aturan bayaran dua hala tidak dapat dilaksanakan.

 

          Dalam pada itu, keadaan ekonomi terus bertambah buruk dan nilai ringgit tetap menurun bersama matawang Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan. Keadaan ini seolah-olah tidak berkesudahan dan Malaysia akan terus terjerumus ke dalam kemelsetan yang semakin teruk. Gambaranya ialah seperti tidak ada had bagi kuasa dana lindung nilai untuk merosakan ekonomi mana-mana negara hanya bagi membolehkan mereka mengaut perolehan pulangan 30 peratus daripada pelaburan mereka.

 

 

 

<< Muka Depan         Seterusnya >>