Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

6. FAKTOR CLOB

 

          SUDAH juga di jelaskan bahawa kegawatan ekonomi yang berlaku juga disebabkan pelabur jangka pendek menarik keluar modal mereka dari Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Harga saham menjunam, meyebabkan pengurangan permodalan pasaran yang ketara. Ketika kegawatan kewangan mula berlaku, bursa Kuala Limpur dianggarkan bernilai lebih RM800 bilion atau kira-kira AS$320 bilion, pada kadar RM2.50 bagi setiap Dolar Anerika. Sebaik Ringgit diserang dan nilainya jatuh, harga saham di BSKL turut jatuh. Indeks Komposit berada pada paras 1,000 mata pada awal 1997. pada akhir 1997, ia menjunam ke paras 600 mata sahaja.

 

          Kerajaan cuba megurang kejatuhan itu dengan mengharamkan jualan singkat. bagaimanapun, harga saham terus jatuh. Sesuatu yang jelas ialah berlaku kebocoran dan ianya wujud dalam bentuk jualan di pasaran atas kaunter di Singapura yang di kenali sebagai Central Limit Order Book (CLOB) yang di wujudkan oleh pihak berkuasa Singapura ketika bursa saham negara itu dan BSKL di pisahkan pada 1989.

 

          Jualan saham di BSKL mestri didaftarkan kepada akaun CDS di Malaysia. Penjualan itu pula tertakluk kepada syarat ynag di kenakan oleh pihak berkuasa di Malaysia. Broker Malaysia dan BSKL mendapat manfaat daripada komisen yang dikenakan. Jualan di Singapura sudah tentu tidak memberi apa-apa manfaat kepada waga atau kerajaan Malaysia.

 

          Walaupun kerajaan Malaysia membantah penubuhan dan operasi CLOB, tiada usaha serius di lakukan untuk menghentikan kegiatan menjual saham syarikat Malaysia di Singapura ini. Malah, walaupun banyak khabar angin yang menyebabkan pasaran saham disni jatuh dan kemudiannya naik semula apabila khabar-khabar angin itu didapati tidak benar, pihak yang bertanggungjawab di Malaysia tidak melakukan apa-apa. Sudah tentu speculator di Singapura mengaut keuntungan daripada khabar-khabar angin dan turun naik harga saham itu.

 

          Bagaimanapun,sebaik sahaja krisis matawang berlaku, kejatuhan harga saham semakin menjadi walaupun penjualan singkat diharamkan. Mengesyaki CLOB sebagai punca kegagalan itu, bekas Penasihat Bank Negara  itu di minta membuat kajian terpeinci terhadap mekanisma bagaimana bagaiman daganag saham Malaysia dikendalikan di CLOB. Di dapati bahawa CLOB dimiliki oleh Central Depository (Pte) Ltd Singapor (CDPL). Semua saham yang di beli menerusi CLOB disalaurkan ke CDPL, yang mempunyai akaun CDS dengan broker Malaysia degan sebahagian besar hak penjagaannya berada dengan Hwang- DBS Bhd di Pulau Pinang. Ini bermakna bagi CDS Malaysia, pemilik bermanfaat saham CLOB di Singapura sebenarnya tidak mempunyai hak perundangan yang sah bagi saham terbabit. Apa yang mereka ada hanyalah satu penyata bulanan daripada CDPL, yang mengesahkan jumlah belbagai saham yang mereka pegang termasuk yang dibeli menerusi CLOB.

 

          Oleh kerana pemegang amanah bagi saham berkenaan kekal sama, urusniaga di CLOB tidak dinyatakan dalam CDS. CDPL di Singapura juga boleh meminjamkan saham itu untuk penjualan singkat di CLOB dan CDS Malaysia tidak akan mengetahui urusan jual beli itu. Walaupun demikian segala urusan di CLOB akan menjeaskan prestasi haraga di BSKL.

 

          Bagi menghentikan CLOB, pendaftaran pemilikan menerusi pemegang amanah tidak lagi dibenarkan. Semua pmilik saham perlu mendaftarka semua saham di atas nama merek asendiri. Saham yang di miliki melalui CLOB tidak boleh diniagakan sehingga pemilinya mendaftarkan dengan CDS. In ibermakna pendaftaran atas nama pemegang tidak boleh dibuat dan pembeli saham itu tidak mempunyai terhadap saham yang dibelinya sehingga ia didaftarkan dengan namanya sendiri kepada CDS. Secara langsung, ini menamatkan operasi CLOB.

 

          Selepas memutuskan cara menghentikan dagangan dalam matawang Malaysia dan aktiviti CLOB, proses melaksanakan pula perlu di lakukan. Seperti biasa, bank pusat perlu menjadi agensi pelaksana utamanya. Satu usaha di saat-saat akhir dilakukan oleh Gabenor Bank Negara dan timbalanya untuk menggagalkan langkah kawalan itu. Kedua-dua mereka meletak jawatan. Kerajaan dengan serta merta terpaksa memberikan kuasa kepada Penolong Gabenor untuk bertindak selaku ketua bank pusat dan melaksanakan langkah berkenaan.

 

 

  << Muka Depan         Seterusnya >>