Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

5.     MEMAHAMI PASARAN TUKARAN ASING YANG RUMIT.

 

MALAYSIA terus percaya bahawa punca sebenar. kegawatan ekonomi dan kewangan adalah perdagangna matawang oleh dana lindung nilai dan bank. Jika sesebuah negara perlu melakukan sesuatu dengan caranya sendiri bagi menangani daan lindung nilai, mekanisme perdagangan matawang perlu difahami dengan sepenuh bagi membolehkan sesuatu dirancang bagi mengalahkan speculator matawang dalam arena permainan mereka. Malangnya seorang pegawai Bank Pusat ( yang menyandang jawatan penasihat) yang mempunyai pengalaman antarabangsa dalam urusniaga tukaran asing, telah meninggalkan Bank Pusat pada 1994.

 

          Mungkin pada peringkat ini, cerita kemasukan cergas Bank Negara ke dalam pasaran tukaran asing di antara 1985 dan 1993 perlu di beritahu. Sehingga 1985, Bank Negara tidak menguruskan rizab luarnya secara cergas. Bagaimanapun keadaan ini berubah selepas penjanjian Plaza 1985 apabila negara-negara G7 memutuskan untuk mengukuhkan Yen Jepun supaya Jepun menjadi kurang bersaing. Malaysia yang mempunyai pinjaman besar dalam dominasi Yen Jepun, mengalami krugian besar. Bagi mengimbangi kerugian disebabkan keputusan negara-negara G7, Bank Negara mula menguruskan rizab luarnya dengan cergas, termasuk memantapkan tukaran asing. Penasihat kanan Bank Negara telah ditugaskan untuk tujuan itu. Kegiatan tukaran matawang asing di hadkan kepada matawang negara-negara G7. ia tidak menguruskannya dalam matawang negara-negara membangun. Memandangkan kecairan banyak dalam matawang negara-negara G7, urusniaga Bank Negara tidak mempunyai sebarang kesan sebenar ke atas kadar tukaran asing negara G7.bank negara mencapai kejayaan dalam kegiatan perdagangan dan memperoleh keuntungan yang besar. Ia menjadi terkenal di pasaran tukaran asing antarabangsa sebagai pedagang tukaran asing yang pintar. Kegiatan perdagangnya, bagaimanapun dikutuk oleh beberap pakar kewangan. Tetapi mereka ini jugalah yang menyokong kegiatan perdagangan matawang yang merosakan ekonomi ‘Harimau Asia’. Jelas, yang salah bukanlah apa yang dilakukan tetapi siapa yang melakukannya.

 

          Malangnya ketika kegiatan matawang antarabangsa berikutan perjanjian Maastricht yang tidak disahkan oleh Denmark pada 1992, Bank Negara telah mengalami kerugian. Penasihat itu kemudianya meletakkan jawatan di Bank Negara. Kerajaan mengarahkan Bank negara suypaya tidak meneruskan perdagangan tukaran asing. Ia sebenarnya satu putar balik sejarah yang aneh bahawa pengalaman pahit dalam perdagangan matawang telah menyediakan Malaysia denagn pengetahuan dan kemahiran yang di perlukan bagi melaksanakan regim kawalan tukaran asing berpilih bagi mengecewakan pedagang matawang dan membantu memulihkan ekonomi negara.

 

          Bekas penasihat Bank Negara itu oleh Perdana Menteri untuk taklimat. Beriklutan beberapa perjympaan diantara kedua-duanya, Perdana Menteri pertama kalinya faham bagaimana selok belok pasaran tukaran asing yang sememangnya kompleks dan rumit, termasuk cara harga di tentukan serta factor psikologi yang mendorong peniaga matawang (ketamakan dan ketahutan) dan konsep wang luar pesisir. Kefahaman Perdana Menteri berhubung pasaran tukaran wang asing itu amat penting dalam usaha merumuskan satu pelan menyelamatkan Malaysia daripada IMF dan speculator matawang.

 

          Kini, jelas bahawa sebelum ini, sesetenmgah maklumat yang disampaikan oleh Menteri Kewangan kepada kerajaan, termasuk perangkaan mengenai aliran keluar Ringgit, dalam bentuk tunai secara besar-besaran ke Singapura adalah tidak tepat. Menteri Kewanag tidak memahami sepenuhnya konsep Ringgit luar pesisir. Dia berpendapat istilah “Ringgit luar pesisir” merujuk kepada kewujudan fizikal wang itu di luar negara, terutama di Singapura. Bank Negara pula, samada tidak menjelaskan mengenai perkara itu kepadanya atau memang turut tidak faham. Apapun, sesuatu yang pasti ialah Bank Pusat tidak menghalang menteri dan kerajaan daripada mengarahkan supaya pegawai kastam memeriksa semua individu yang menyeberangi sempadan ke Singapura, sama ada mereka membawa Ringgit dalam bentuk tunai atau tidak. Tindakan bodoh ini sebenarnya tidak dapat menghalang Ringgit daripada keluar atau diniagakan

 

          Perbezaan diantara ringgit luar pesisir dengan Ringgit dalam negeri sebenarnya bukanlah bergantung kepada keadaan, sama ada ringgit itu memnag wujud dan berada di Malaysia atau pun tidak. Selian daripada sejumlah kecil Ringgit yang dimiliki pemegang wang atau bank luar negara, wang itu sebenarnya memang berada dalam negara. Apabila ringgit dijual oleh seorang bukan pemastautin yang lain, apa yang berlaku ioalah pemilikan Ringgit itu berpindah daripada akaun penjual kepada akaun pembeli berkenaan di dalam bank tempatan dan bank asing. Tiada tunai yang bertukar tangan secara fizikal, hanya nilainya yang berubah di dalam buku bank di antara keduanya.

 

          Apabila seorang peniaga matawang meminjam Ringgit, perkara yang sama berlaku. Pihak yang memberi pinjam biasanya, biasanya bank antarabangsa asing, hanya memindahkan pemilikan Ringgit itu kepada peminjam ke dalam buku akaunnya dan buku akaun bank Malaysia yang memegang Ringgit itu. Selepas it, peniaga berkenaan boleh membuat jualan singkat terhadap Ringgit itu, iaitu menyerahkannya hanay setelah nilainya diturukan dan ini sekali lagi boleh di buat dengan memindahkan kedalam buku akaun pembeli seterusnya.

 

          Dengan keupayaan membuat laveraj (laverage) sehingga 20 kali ganda daripada modal mereka, dana lindung nilai mempunyai kekuatab yang luar biasa. Ini bermakna, mereka boleh menggunakan kedudukan gearan (gearing) itu untuk menentang bank pusat yang hanya boleh menggunakan posisi tunai mereka sahaja. Selain itu, dana lindung nila juga mempunyai kecenderungan untuk bertindak secara berkelompok, menjual dan membeli sesama sendiri dan seterusnya menaikan atau menurunkan nilai Ringgit sesuka mereka bagi memaksimumkan keuntungan. Mereka tidak membeli ringgit atau mana-mana matawang untuk membayar perkhidmatan dan barangan. Mereka sebenarnya tidak memerlukan pun wang itu selain untuk memanipulasi dan spekulasi terhadapnya. Bagi mereka, wang ialah satu komoditi, sama sahaja dengan komoditi lain yang diniagakan di bursa komoditi. Seperti juga dalam pasaran hadapan komoditi, kewujudan fizikal wang itu tidak mustahak.

 

          Adalah menjadi keutamaan Malaysia untuk membuat sesuatu secara drastic bagi melindungi dirinya dari tindakan speculator matawang. Meminjam daripada IMF bukanlah jalan penyelesaianya. Ini kerana sebahagian besar wang itu pasti di kehendaki digunakan untuk membayar hutang kepada bank asing. Ia hanay akan memindahkan hutang kepada IMF dan Malaysia terpaksa mencari wang untuk membayar semula kepada IMF nanti. Usaha untuk keluar dari belengu ini akan mengambil masa berdekad dan dalam tempoh itu, negara terpaksa akur kepada arahan IMF, sekali gus menggadaikan kebesan kewangannya.

 

          Langkah serius pertama Malaysia dalam cubaanya untuk menentang speculator tamak, yang membuat perjudian sehala ini ialah dengan membuat mereka sedar bahawa menjual Ringgit tidak sepatutnya menjadi taruhan sehala selama-lamanya. Wujud satu keperluan untuk mengenal pasti beberapa sumber bekalan Dolar Amerika yang boleh dijual bagi mendapat ringgit untuk mendapat Ringgit bagi tujuan mengimbangi pembelian matawang itu itu berbanding Ringgit oleh speki\ulator  matawang. Ketika itu, bank pusat telah diarahkan tidak menggunakan rizab luarannya untuk campur tangan. Kita bernasib baik kerana mempunyai beberap syarikat yang mempunyai pendapatan eksport besar dan mereka ini memang selalu menjual Dolar Amerika. Apa ynag diperlukan ialah untuk menyelaraskan penjualan Dolar Amerika dalam satu cara yang akan menyebabkan pihak yang membuat jualan singkat Rimggit tadi terperangkap, seterusnyta mencentuskan perasaan takut dikalanag mereka sehingga mendorong mereka membeli semula Ringgit tadi kerana bimbang nilainya akan naik semula dan mengakibatkan mereka kerugian. Sudah tentu apabila mereka membeli semula Ringgit itu, harganya akan naik lagi.

 

          Ketika strategi ini dilaksanakan, ia pada mulanya berhasil. Kejatuhan nilai Ringgit terhenti dan selepas itu, ia mula naik ke tahap 3:00 berbanding Dolar Amerika. Wujud tanda-tanda seolah-olah Ringgit akan kembali ketahap asalnya iaitu 2:50 berbanding Dolar Amerika. Ketika itu, dana lindung nilai yang mulai sedar apa yang berlaku sebenarnya, bertindak membalas dendam. Mereka menjual lebih banyak Ringgit dan dalam jumlah yang lebih besar. Sayarikat Malaysia tadi tidak dapat terus bertahan daripada serangan hebat dana lindung nilai dan bank asing yang membabitkan berbilion-bilion Dolar Amerika serta laveraj mereka sekali. Dengan mengambil kira Quantum Fund and Long-Term Crtedit Management Fund (LTCM) yang dipermodalkan pada kira-kira AS$10 bilion, laveraj 20 kali bermakna mereka mempunyai keupayaan berurusniaga yang tidak terhad untuk bertahan daripada cubaan pihak tempatan untuk menghadkan kejatuhan Ringgit. Tidak lama kemudian, syarikat-syarikta yang cuba mempertahankan nilai Ringgit juga berputus asa.

 

          Oleh kerana strategi pertama tidak berhasil, sesuatu yang lain harus di cuba. Kerajaan kemudiannya  mempertimbangkan cadangan untuk mengikat nilai ringgit kepada Yen Jepun tetapi tindakan itu pasti tidak akan bermakna selagi ringgit mampu diperolehi speculator untuk dimanipulasikan.

 

          Akhirnya, keputusan dibuat bahawa  satu-satunya pilihan yang ada ialah mengenakan kawaln tukara asing berpilih. Pada awal 1998, satu cadang yang meluas berhubung lankah kawalan dirumuskan.

 

          Unsure paling penting dalam memastikan langkah kawalan kewanagn yang dilaksanakn berhasil ialah menghalang Ringgit samapai kepada pedaganag matawang.

 

          Ringgit sebenarnya tidak berada di luar negeri. Ini kerana ringgit tidak sah di perlakukan di negara lain. Ringgit yang berada di luar negara hanya berguna jika ditukarkan oleh mereka yang ingin membawanya masuk semula ke Malaysia di mana ia boleh di gunakan untuk pembelian atau pembayaran. Pengurup wang dan bank ada menyimpan sejumlah kecil tunai ringgit untuk di tukarkan kepada individu yang hendak datang ke Malaysia.

 

          Jumlah Ringgit yang besar hanya di benarkan masuk ke Malaysia menerusi arahan bank yang boleh di tuntut daripada bank Malaysia. Bagi mereka yang hendak membeli Ringgit, bank asing itu akan menerima sejumlah wang asing dan kemudiannya mengeluarkan arahan bank untuk memindahkan Ringgit bernilai sama dengan nilai wang asing itu kepada akaun pembeli terbabit di sebuah bank di malasyia.

 

          Cara bagaimana peniaga matawang mebeli dan menjual Ringgit sudah dijelaskan. Semua urusniaga tidak telus. Urusan itu juga boleh di buat dengan pantas dengan menggunakan komputer di bank. Dengan cara ini beratu juta Dolar boleh bertukar tangan dan merentasi semapadan dalam masa beberapa saat sahaja.

 

          Untuk menghalang peniaga matawang daripada memperolehi Ringgit, kita hanya boleh melakukannya menerusi bank Malaysia yang tertakluk kepada arahan bankl pusat. Selepas mengamati modus operandi peniaga matawang, ditetapkan bahawa oleh kerana urusniaga di luar negara mesti dimasukkan kedalam buku akaun bank Malaysia yang memang mempunyai wang itu, semua bank asing dan tempatan di negara ini dihalang untuk memindahkan Ringgit dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Hak pemilikan sah bagi Ringgit akan kekal pada pemiliknya pada keitka langkah kawalan dilaksanakan, tidak kira sama ada penjualan sudah dibuat. Pembelinya pula tidak berhak tehadap Ringgit yang sudah di belinya. Secara langsung, ia bermakna tiada urusniaga Ringgit luar pesisir. Boleh dilakukan.

 

          Jualan Ringgit di luar Malaysia terhenti  tiba-tiba. Memang wujud beberapa pembilian Ringgit di saat-saat akhir oleh peniaga matawang berikutan jangkaan mereka bahawa kerajaan akan menilai semula matawang itu. Akibatnya nilai Ringgit naik sedikit. Matawang negara Asia yang lain turut menigkat kerana wujufd kebimbangan menyeluruh terhadap kemungkinan negara lain mengikut jejak langkah Malaysia. Bagaimanapun, sudah tentu  negara berkenaan tertakluk kepada kawalan IMF dan tidak dapat bertindak secara bebas.

 

          Apabila Ringgit diniagakan  pada 3.80 berbanding Dolar Amerika, kerajaan mengumumkan bahawa harga itu ialah paras tukaran di anatar Ringgit dengan Dolar Amerika.

         

          Begitupun, strategimenetapkan nilai kadar tukara Ringgit dengan cara tidak memboleh peniaga matawang memperolehinya tidak semudah yang dirancangkan. Cadangan itu di debatkan dengan hangat di peringkat Jawatankuasa MTEN. Pada mulanya, kebanyakan anggota tidak menyetujuinya. Timbalan Gabenor Bank Pusat menjelaskan bahawa bahawa institusi kewanga antarabangsa, malah negara kaya juga mungkin bertindak membantahnya.

 

          Malaysia akan jadi negara pariah dan dipencilkan oleh system perbankan dunia. Ia sudah tentu tidak dapat meminjam jika ia memerlukan wang untuk tujuan apa sekalipun. Kadar faedah bagi pinjaman seumpama itu pasti dikenakan sehingga ke tahap yang tidak munasabah. Ancaman sekatan ekonomi terhadap negara juga di bayangkan.

 

          Tambahan pula, Malaysia terpaksa membayar bagi importnya. Persaolannya, adakah kita mempunyai tukaran asing yang cukup untuk membiayai import ini. Dalam pada Malaysia terus bergantung kepada modal dan barangan perantaraan untuk di kilang menjadi eksport, ketidakupayaan membayar import akan mengurangkan eksportnya sekali gus kemasukan tukaran asing.

 

          Bagaimana jika semua pelabur, jangka panjang dan jangka pendek, menarik diri? Ekonomi Malaysia sudah pasti musnah. Wujud juga kemungkinan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap malaysoa oleh beberapa kumpulan yang yang teruk terjejas oleh langkah kawalan itu. Malaysia tidak akan mampu mempertahankan dirinya.

 

          Salah seorang daripada anggota Jawatankuasa MTEN itu memberikan 32 alasan mengapa Malaysia tidak harus menggunakan langkah kawalan tukaran asing seperti yang dicadangkan. Walaupun semua hujah itu boleh dipatahkan, ketajutan terhadap kemungkinan itu adalah nyata dan risiko yang di hadapi cukup menakutkan.

 

          Ketika itu kedudukan politik Malaysia masih stabil. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan masih di dalam kerajaan. Bagaimanapun, jika kawalan katawang itu gagal, kredibilitu kerajaan akan tergugat dan parti kerajaan mungkin tewas dalam pilihanraya akan datang.

 

          Sepanjang perbincangan, Timbalan Gabenor Bnak Pusat masih tidak yakin dan membantah langkah kawalan itu. Apabila di jelaskan bahawa China mempunyai sekata yang sama terhadap dagangngan matawangnya, dia berhujah bahawa negara itu memang tidak pernah membebaskan matawangnya berbanding ringgit yang ketika itu bebas diapungkan dan tindakan mengawalnya hanay akan menyebabkan kita melangkah ke belakang.

 

          Akhirnya, walaupun masih terdapat perasaan berat hati di kalangan sesetengah ahli, keputusan dibuat juga bahawa kawalan itu perlu dilaksanakan. Sesuai dengan tugasnya, bank negara diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai langkah terutamanya mengarahkan bank di Malaysia tidak memindahkan Ringgit kepada mana-mana akaun apabila diarahkan berbuat demikian oleh bank pelanggan mereka diluar negara. Bank negara juga perlu mengawal selia pengurusan Ringgit yang dimiliki  warga asing dengan ketat bagi memastikan tidak nerlaku kebocoran. Bagaimanapun, Ringgit yang dimiliki warga asing boleh digunakan untuk membeli apa sahaja di negara ini dan dieksport kemudiannya.

Ini bermakna Ringgit akan di salurkan ke pasaran dan meningkatkan kecairan. Dengan cara ini, sebahagian besar daripada wang yang dulunya di gunakan untuk spekulasi kembali semula ke Malaysia, membolehkan bank Malaysia meminjamkan kepada warga tempatan.

 

          Ringgit tidak boleh di bawa keluar daripada negara ini dalam apa bentuk sekali pun. Bagaimanapun, dividen atau hasil daripada pelupusan asset dalam negara boleh di bawa keluar dalam matawang asing pada kadar 3.80 setiap Dolar Amerika, yang di perolehi daripada bank pusat atau bank tempatan. Penjualan asset pada ketika itu bagaimanapun tidaklah semudah sebelumnya kerana jumlah pembeli tempatan amat terhad dan harganya tidak menggalakan. Penjualan kepada warga asing akan membabitkan aliran masuk dana dan tidak akan menjejaskan rizab apabila  tukaran asing di bawa keluar.

 

 

  << Muka Depan         Seterusnya >>