Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

8. MEMULIHKAN SEMULA EKONOMI

 

          KETIKA itu, kadar hutang tak berbayar (NPL) dalam system perbankan sudah meningkat daripada hanya 4.7 peratus pada akhir 1997 kepada 13.2 peratus. Kekuatan modal system perbankan sudah teruk teruji dengan 11 daripadanya memerlukan suntikan dana baru. Prestasi system perbankan teruk terjejas dengan 46 daripadanya mencatat kerugian. Angka kerugian yang dicatatkan oleh system perbankan Malaysia ketika itu berjumlah RM2.3 bilion.

 

          Ururtan peristiwa berikut memberi gamabran bagaimana Jawatankuasa Eksekutif MTEN berusaha dengan pantas untuk memulihkan semula ekonomi negara.

 

 

·        September 1, 1998

Nisbah rizab berkanun (SRR) dikurangkan daripada 8 peratus kepada 6 peratus, membolehkan sejumlah RM8 bilion disuntik  kedalam system kewangan.

·        September 3, 1998

Kadar campurtangan Bank Negara dikurangkan daripada 9.5 peratus kepada 8 peratus setahun yang bersamaam penurunan kadar faedah secara menyeluruh dalam system kewangan. Keperluan julat asset cair (LARR) turut dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus, sekali gus melepaskan sejumlah RM8 bilion bagi asset cair yang boleh dijual oleh institusi kewangan bagi membiayai operasi mereka. Syarat supaya bank perdagangan mengekalkan baki vostro mereka dengan bank pusat juga ditarik balik dan ini membolehkan lebih RM1 bilion kecairan dinikmati oleh bank tempatan.

·        September 8, 1998

Pinjaman untuk pembelian dan pembinaan rumah  berharga RM250,000 dan kebawah dikecualikan daripada had pinjaman 20 peratus yang dikenakan secara menyeluruh kepada sector hartanah, sekali gus menghidupkan semula industri pembinaan.

·       September 15, 1998

     Margin maksimum empat mata peratusan terhadap kadar asa pinjaman (BLR) yang di sebut harga, dikurangkan kepada 2.5 mata peratusan untuk merendahkan lagi kadar pinjaman kepada syarikat serta individu bagi mempermudahkan perlaksanaan projek yang berdaya maju, menggalakan penggunaan dan meringankan beban membayar balik pinjaman oleh syarikat.

·       September 16, 1998

SRR diturunkan lagi daripada 6 peratus kepada 4 peratus, membolehkan ekonomi mendapat suntikan RM8 bilion lagi mudah tunai.

·        September 23, 1998

Had pinjaman yang boleh diberikan oleh institusi kewangan bagi pembelian saham dan unit tabung amanah dinaikan daripada 15 peratus kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman, bertujuan menggalakan pelaburan di BSKL.

·        September 25, 1998

Tempoh klasifikasi NPL dipanjangkan daripada 3 bulan kepada enam bulan untuk memberikan peminjam sedikit ruang bagi menguruskan akaun masing-masing

·       October 5, 1998

Kadar campurtangan Bank Negara diturunkan lagi daripada 8 peratus kepada 7.5 peratus setahun, bertujuan mengurangkan kadar faedah dalam system kewangan negara. Margin maksimum pembiayaan sebanyak 60 peratus bagi pinjaman pembelian hartanah kediaman dan tanah di mansuhkan untuk melonjakan sector hartanah yang menghadapi masalah lebihan stok yang ‘tergantung’ berikutan krisis yang berlaku.

·        October 13, 1998

Unit pemantauan dan Aduan Pinjaman (LCMU) ditubuhkan di Bank negara untuk membantu peminjam yang bermasalah mendapatkan pinjaman.

·        November 10, 1998

Kadar campur tangan Bank Negara diturunkan lagi daripada 7.5 peratus kepada 7 peratus setahun, bertujuan mengurangkan kadar faedah dalam system kewangan negara.

·        November 19, 1998

Kerajaan mewujudkan Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana bernilai RM750 juta untuk memberi bantuan kewangan kepada Industri Kecil dan Sederhana yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah aliran tunai.

·        November 20, 1998

Had pembayaran minimun bulanan bagi kad kredit di turunkan daripada 10 peratus kepada hanya 5 peratus untuk menggalak pengguna berbelanja.

·       November 21, 1998

Semua institusi kewangan dikehendaki mewujudkan Unit Khas Pemulihan Pinjaman untuk membantu peminjam yang bermasalah membayar balik pinjaman mereka. Margin pembiayaan maksimum sebanyak 85 peratus bagi kereta penumpang berharga RM40,000 ke bawah dimansuhkan.

·        Disember 5, 1998

Bank Negara menurunkan kadar pinjaman maksimum mengikut Tabung Industri Kecil dan Sederhana serta Skim Khas bagi Rumah Kos Rendah dan Sederhana daripada 10 peratus kepada 8.5 peratus.

 

Jaeatankuasa Eksekutif MTEN memberikan tumpuan khusus kepada operasi Danaharta, Danamodal dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) yang ditubuhkan dalam tempoh krisis bagi menangani masalah hutang tidak berbayardan permodalan semula Bank. Fungsi Danaharta ialah untuk mengasingkan NPL daripada system perbankan supaya bank boleh menumpukan semula kearah tugas memulihkan ekonomi. Tugas Danamodal ialah mempermodalkan semula institusi kewangan dan kemudiannya mengembalikan tahap modal system perbankan ke paras lebih sihat. Sementara itu, tanggungjawab CDRC pula ialah menjadikan landasan bagi syarikat dan bank untuk tampil secara bersama dan merumuskan satu pakej penyusunan semula hutang dalam suasana tidak formal.

 

          Sebaik sahaja langkah kawalan tukaran asing berpilih dilaksanakan, tiga organisasi itu mula beroperasi secara aktif. Menjelang Mac 31, 1999, Danaharta sudah mengambil alih NPL berjumlah RM16 bilion, Danamodal mempermodalkan semula 10 bank institusi kewangan membabitkan dana berjumlah RM6.2 bilion manakala CDRC bertumpu kepada usaha menyusun semula beberapa syarikat gergasi.

 

Jawatankuasa MTEN juga mengawasi setiap aspek ekonomi setiap hari. Perangkaan prestasi dagangan, rizab luaran, kadar faedah, pinjaman oleh bank, jualan hartanah dan kenderaan bermotor, jualan runcit, jualan tan kargo dan kontena yang dikendalikan oleh pelabuhan, penumpang dan fret dilapangan terbang, maklumat barangan yang dikilang dan dieksport,keterangan import, pendaftaran syarikat baru dan kebangkrapan, pengangguran dan jawatan kosong, kontrak dan projek kerajaan, penggunaan elektrik dan data-data lain di bentangkan setiap hari untuk di bincangkan. Sering berlaku, beberapa tindakan khusus diambil serta-merta. Apabila kenderaan bermotor tidak terjual, jawatankuasa itu memutus untuk memperkenalkan satu syarat perjanjian sewa beli baru dan memastikan harga jualannya berpatutan.

         

          Dua kempen pemilikan hartanah turut diadakan untuk mengurangkan lebihan stok yang “tergantung” dalam sector itu. Kempen pertama berlangsung pada Disember 1998 manakala yang kedua pada Oktober 1999. Pihak pemaju amat berminatmenyertai kempen itu dan sebahagian besar daripadanya membawa sendiri model contoh, risalah dan pegawai pemasaran masing-masingke ruang pameran yang disediakan. Bank, syarikat insurans, peguam dan pegawai kerajaan yang terbabit dengan urusan pendaftaran jualan hartanah atau prosedur perundangan yang lain turut di kumpulkan dibawah satu bumbung. Sejumlah RM6.4 bilion hartanah berjaya dijual sepanjang tempoh dua kemen itu. Hasilnya memberangsangkan semua pihak termasuk kerajaan yang sedar akan kesan buruk jika lebihan stok yang tergantung itu tidak dapat diselesaikan.

 

          Pada waktu dagangan runcit mengalami suasana lembab, kerajaan telah memberikan elaun tambahan RM600 untuk semua kakitangannya. Elaun itu dibayar pada kadar  RM100 sebulan sebulan bagi memastikan ianya di belanjakan didalam negara dan disalurkan keraha barangan harian yang perlu. Peruncit tempatan mendapat manfaat daripada lebihan kuasa membeli kakitangan kerajaan itu.

 

          Berbagai aduan dari para peniaga juga diterima Jawatankuasa Eksekutif dan pelbagai taklimat diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan sector swasta. Di mana perlu, tindakan segera sering diambildan ia sentiasa dibuatdengan matlamat memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menghalang pemulihan pentas ekonomi negara.

 

          Kini, tiga tahun berlalu sejak Malaysia memperkenalkan langkah kawalan tukaran asing berpilih itu dan peyunjuk yang ada jelas memperihatkan ia berkesan menghalang peniaga matawang dan pelabur jangka pendek memporak-perandakan ekonomi negara. Kadar tukaran asing bagi Ringgit kekal pada 3.80 berbanding Dolar Amerika dan Indeks Komposit BSKL sudah meningkat daripada 262 mata pada 1998 kepada hampir 800 mata sekarang. Syarikat dan bank pula semakin pulih. Keyakinan sudah kembali dan rakyat sudah mempunytai wang untuk berbelanja.

 

          Semua kegitan ekonomi sudah berjaya dihidupkan semula dan kerja-kerja pembinaan juga sudah kembali beroperasi. Jumlah jualan kenderaan bermotor telah meningkat ke paras sebelum krisis. Sesungguhnya semua petunjuk menjurus semula ke arah pemulihan ekonomi yang pesat.

 

          Pada 1997, ketika kemelesetan bermula, pertumbuhan KDNK masih kekal tinggi pada 7.5 peratus kerana masalah yang berlaku hanya tehad kepada separuh kedua tahun berkenaan. 1998 ialah tahun yang paling memeritkan apabila ekonomi menguncup 7.2 peratus. Bagaimanapun, 1999 menunjukan pemulihan cemerlang dengan perkembangan KDNK kembali mencatat anka 5.6 peratus.

 

 

<< Muka Depan         Seterusnya >>