Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

PRAKATA

 

        MALAYSIA,sebuah negara berbilang kaum yg sentiasa percaya pada pasaran bebas, telah mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus setiap tahun untuk selama 10 tahun berturut-turut. Ia sebuah negara yg sentiasa mempunyai kestabilan politik dan keteguhan ekonomi. Matawangnya yang begitu kukuh dan hutang luar negaranya yg di bawah paras yang boleh diterima. Malah ia mampu membayar hutangnya lebih awal berulang kali. Ternya ia bukanlah calon kepada kemelsetan ekonomi yang teruk. Ia mungkin mengalami pertumbuhan yg perlahan, tetapi bukanlah kegawatan ekonomi dan keewangan.

          Tetapi dalam bulan Julai 1997, nilai matawangnya mulai merosot dgn pantas dan pasaran sahamnya jatuh menjunam keparas yg paling rendah. Ramai pakar menganggap kemerosotan yg tiba-tiba ini berpunca daripada pengurusan kerajaan yg lemah dan kesan jangkitan ekoran kejatuhan nilai matawang Baht Thai. Kejatuhan nilai matawang ringgit dan modal pasaran saham kelihatan seolah-olah akan berterusan dan tidak boleh dihentikan lagi. Rakyat Malaysia berasa cemas kerana tiba-tiba mendapati diri mereka telah menjadi miskin.

         Negara dan kerajaan sama sekali tidak bersedia untuk menangani kemerosotan ekonomi yg begitu serius. Tetapi para pemimpin kerajaan segera mengenal pasti punca kegawatan itu yang merupakan angkara peniaga matawang dan pelabur singkat. Tetapi setakat mengenali siapa yang bertannggunngjawab terhadapa kegawatan itu tidak mencukupi. Adalah penting untuk memahami bagaimana meraek beroperasi dan bagaimana bertindakbalas terhadap serangan mereka keatas ekonomi Malaysia.

           Dengan penuh ikhlas saya berharap gambaran terpeinci pengalaman negara  dalam menangani kegawatan ekonomi dan keewangan ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai kesusahan yg dihadapi negara tempoh hari dan semoga mereka dapat tindakan sebenar yang di ambil oleh kerajaan bagi mengatasi kegawatan itu. Adalah juga diharapkan pengalaman Malaysia ini akan memberi pengajaran yang tidak ternilai kepada negara-negara lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama.

Dr Mahathir Mohamad

 

   

     << Muka Depan         Seterusnya >>