Make your own free website on Tripod.com

KRISIS MATAWANG MALAYSIA

BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU

 

3.SERANGAN SPEKULATIF KE ATAS RINGGIT

          Sebulan atau lebih kemudian iaitu pada Julai 1997, terdapat percakapan mengenai berita buruk kesan jangkitan (contagion). Kita diberitahu bahawa jika Baht jatuh, maka Ringgit juga akan menyusul. Mengapa? Seolah-olah nasib matawang matawang boleh berjangkit. Mengikut ‘logik’ ini, jika Baht jatuh, kos penegluaran di Thailand menjadi lebih murah berbanding Malaysia. Untuk dapat terus bersaing, Ringgit harus di turunkan. Dan dengan itu pedagang matawang masuk, lebih awal daripada ‘jangkaan’ penurunan nilai, untuk melakukan jualan singkat terhadap ringgit yang belum secara rasmi ditambat kepada Dolar. Hasilnya urusniaga yang giat yang menyebabkan penurunan. Mungkin terdapat sedikit penurunan nilai disebabkan kesan jangkitan tetapi ia tidak sepatutnya begitu cepat dan teruk. Kejatuhan menjunam kadar tukaran ringgit berbanding Dolar Amerika dan matawang lain adalah disebabkan kegiatan jualan singkat oleh pedagang-pedagang matawang.

          Matawang tidak mempunyai perasaan dan tidak mungkin tahu bahawa matawang lain sedang sakit. Matawang juga tidak tahu sama ada kerajaan itu mengamalkan rasuah atau kronisme. Matawang tidak boleh menurunkan nilai matawang, bukan kerana mereka takut matawang yang mereka pegang akan turun nilainya dan mereka akan rugi, tetapi kerana mereka melihat keuntungan dengan mengadakan jualan singkat matawang. Tamak, dan bukan takut, adalah factor penyebab.

 

          Orang yang memanipulasi matawang dengan dana pinjaman yang besar tidak berminat untuk mengiktiraf kekuatan Malaysia. Mereka memutuskan untuk mengaut keuntungan atas nama konsep ‘jagkitan’ yg kabur ini. Apabila krisis melanda Thailand, kekukuhan asai ekonomi Malaysia diabaikan terus oleh peserta pasaran. Keengganan mereka untuk mengakui pentingnya perbezaan yang wujud di kalangan ekonomi serantaulah yang menyebabkan ‘jangkitan’ yang begitu cepat sekali. Walaupun asasi ekonomi kuat, gelombang spekulasi terhadap kadar tukaran Ringgit menyebabkna nilainya secara mendadak berbanding Dolar Amerika. Kemudian pelabur jangka pendek di pasaran saham menarik keluar modal mereka dan menyebabkan harga saham jatuh mendadak, memburukan lagi kegawatan ekonomi menerusi kejatuhan cepat dalam pasaran modal.        

 

          Apabila nilai Ringgit mula merosot berbanding Dolar Amerika, Bank Negara pada mulanya campur tangan untuk menyokong ringgit, tetapi cepat menghentikan campur tangan itu setelah apabila menyedari ia berhadapan dengan kuasa yang mempunyai sumber yang lebih besar. Mempertahankan Ringgit boleh menyebabkan rizab tukaran Ringgit semaki terhakis dan ini akan menjejaskan lagi nilai Ringgit. Kejatuhan bebas yang boleh menyusul akan menyebabkan malapetaka ekonomi dan kewangan untuk negara.

 

          Kepimpinan negara merasa tidak terdaya. Mereka dengan betul mengenal pasti pedagang matawang sebagai orang yang bertanggung jawab menyebabkan penurunan nilai Ringgit. Dan pimpinan Malaysia mengutuk pedagang matrawang kerana tindakan mereka sebagai penyangak itu. Sebaliknya pimpinan Malaysia di kutuk oleh setriap orang, daripada pengurus agensi antareabangsa kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pakar dan pedagang matawang. Semua orang ini pada masa itu , mempertahankan bahawa punca penuruan nilai matawang adalah kerana pentadbiran yang tidak baik. Apa yang perlu untuk mengembalikan keyakinan serta menjamin pemulihan nilai matawang dan ekonomi dalah dengan menggantikan pentadbiran yg kononya buruk kepada pentadbiran yang baik. Mereka langsung tidak menyalahkan pedagang matawang untuk masalah yang dihadapi oleh negara yang pernah di gelar ‘konomi harimau’. Pakar-pakar ini yakin kegawatan adalah semetara. Pemimpin Malaysia diberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai kewangan antarabangsa dan naluri kumpulan (herd instint) dan sebagainya. Perdana menteri di sifatkan sebagai ancaman kepada negaranya sendiri.

 

          Pedagang matawang melihat diri mereka sebagai tenaga berkuasa di pasaran dan tidak suka di kritik. Mereka mendakwa bertugas untuk mendisplinkan kerajaan yang salah dan ‘keras kepala’. Setiap kali mereka dikritik oleh Malaysia, terutama Perdana Menterinya, nilai Ringgit terus dihimpit bersama dengan matawang lain di Asia Timur. Kutukan keatas pucuk pimpinan Malaysia di perhebat. Pada suatu ketika, pemimpin-peminpin Asia Timur digresa mengutuk pemimpin Malaysia itu, yang menuduh pedagang matawang memanipulasikan matawang. Mereka menuuduh kelantangan Pemimpin Malaysia itu yang menyebabkan nilai Ringgit jatuh serta juga nilai matawang semua negara Ais Timur.

 

          Dengan itu pemimpin ekonomi harimau Asia Timur telah mengasingkan diri mereka daripada prmimpin Malaysia. Malasyia pada ketika itu dianggap sebagai sebuah negara’ paria’ yang harus di elak oleh setiap orang.

 

          Bagaimanapun, tanpa mengkritik pedagang matawang itu pun, negara-negara itu tidak bebas daripada penurunan nilai matawang merka. Masa depan ekonomi Asia Timur bagaikan berada di tangan speculator matawang. Negara-negara itu seolah-olah teklah terjerumus kedalam kejaruhan ekonomi dan kewangan yang teruk. Keadaan ini akan hanya dapat ditangani oleh pentadbiran kewangan dan ekonomi si serahkan kepada orang asing terutama IMF. Dengan itu tidak akan ada lagi ekonomi harimau dan naga yang bebas di Asia Timur. Abad ke-21 tidak akan menjadi abad Asia.

 

          Banyak negara memilih untuk untuk menerima bantuan IMF. Pinjaman yang diberikan oleh Imf dan cadangan pembaharuannya, sepatutnya menjamin pemulihan. Vmalaysia bagaimanapun, sejak awal lagi sudah melihat bahaya bantuan kewangan IMF. Kita tidak sanggup menyerahkan pengurusan ekonomi kepada IMF. Kita percaya, IMF tidak memahami keadaan tempatan. Masalah yang melanda berbagai negara juga berbeza dan tidak boleh diatasi dengan penawar yang sama.

 

          Lebih daripada mana-mana negara lain, Malaysia perlu mengawal sendiri ekonominya. Focus ekonomi Malaysia bukan sahaja ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga aspek pengagihan pertumbuhan itu. Kita mahu pertumbuihan denga ekuiti iaitu semua masyarakat Malaysia boleh menikmati kekayaan ekonomi negara secara saksama. Malaysia terbabit dalam penyusunan semual sosio-ekonomi yang sangat rumit. Ditangan IMF, keperluan untuk pengagihan kekayaan ekonomi untuk di nikmati oleh semua kaum tidak mendapat perhatian.yang diperlukan itu. Pemuliha ekonomi semata-mata tidak mencukupi bagi Malaysia. Pemulihan mesti diiringi dengan pengagihan kek ekonomi di antara Bumiputera dan buka Bumiputera. Kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan semula rusuhan kaum seperti pada 13 Mei,1969. apa kebaikan yang dapat diperolehi melalui pemuliha jika negara terjerumus ke dalam kegawatan politik dan rusuhab kaum yang tidak berkesudahan?

 

          Tidak ada sebab bagi Malaysia untuk menyerahkan ekonominya kepada IMF, walaupun jika itulah sahaja jalan untuk negara dapat di pulihkan. Malaysia terpaksa mencari jalan penyelesaiannay sendiri kepada masalah penurunan nilai Ringgit dan penyusutan permodalan dalam pasaran yang boleh merosakan ekonominya. Dengan itu, pemimpin-pemimpin Malaysia terpaksa mengerah otak untuk mencari penyelesaian alternatif.

 

          Salah satu factor yang membolehkan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonominya yang cepat ialah keupayaan untuk memperbaharui, merancang dan melaksanakan rancangannya denga berkesan. Malaysia mempunyai rancangan lima tahun, pelan perspektif jangka panjang20 tahun, malah wawasan masa depan 30 tahun. Ia bukan sekadar impian tetapi perancangan hala-tuju yang jelas dan praktikal, yang semuanya dilaksanakna dengan bersungguh-sunguh.. keupayaan merangcang dengan inovatif dan melaksanakan rancangan secara praktikal dan pragmatic inilah yang telah membawa kepada kestabilan negara dan membolehkan Malaysia mencapai pembanguna ekonomi yang membanggakan walaupun mempunyai penduduk majmuk penuh dengan perbezaan nyata diantara kaum.

 

          Berikutan pengalaman pahit rusuhan kaum 13 Mei 1969,yang melukakan, Malaysia membentuk Majlis Gerakan Negara yang mencipta dan melaksanakan DEB bagi pengagihan kekayaan negara secara sama rata. Untuk mempercepatkan pertumbuhan Malaysia melahirkan idea pensyarikatan Malaysia dan awal lagi menyerahkan berbagai pemilikan kerajaan untuk diswastakan.

 

          Sekarang berhadapan dengan keagwatan ekonomi dan kewanag berpunca daripada kuasa asing di luar kawalannya, Malaysia muncul dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara dan membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Pemimpin pembangkang di bawa de dalam MTEN. Taklimat dan perbincangan Kerap di adakan bagi melahirkan idea bagaimana mengurus kegawatan.

 

          Sementara itu, matawang terus terdedah kepada serangan spekulatif dan nialainya kian merosot. Walaupin jualan singkat tidak dibenarkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpu(BSKL), harga-harga saham Malaysia terus menjunanm, menyebabkan panggilan margin oleh bank dan peningkatan pinjaman tidak berbayar. Media asing dengan gembiranya melaporkan kejatuhan pantas nilai Ringgit dan kejatuhan mendadak Indeks Komposit BSKL. Ia seakan menggambarkan Malaysia akhirnya mesti meminta bantuan IMF.

 

          Kerajaan semakin terdesak. Ia membuat permintaan Camdesus dari IMF untuk megadakan mesyuarat menteri-menteri kewangan dari negara maju dan membangun bagi membincangkan kaedah menstabilakan matawang dan membendung kegiatan pedagang matawang. Camdesus akhirnya meberitahu Menteri Kewanag Malaysia ketika itu bahawa beliau akan memanggil mesyuarat itu pada Apri 1998. Tetapi tiada apa berlaku. Mesyuarat tidak di adakan.

 

 

  << Muka Depan         Seterusnya >>